Sunday, February 28, 2010

Sejarah Penempatan Yahudi di Palestin, Di Mana Pendirian Kita?



Pada 23 Februari yang lalu genaplah setahun Hari Gabungan Sedunia Mendesak Menghapuskan Sekatan Ke Atas Gaza. Regim haram Israel telah menyekat segala barangan ke Gaza disamping denda keatas peniaga tempatan. Hingga ke hari ini rakyat Gaza terus ditindas. Paling menyedihkan sekatan itu bukan hanya dilakukan oleh Israel tetapi juga saudara seagama - Mesir.


Mesir memasang kepingan besi sedalam kira-kira 18 meter sepanjang sempadannya dengan Genting Gaza bagi menyekat penyeludupan senjata melalui terowong ke wilayah Palestin itu.
Pembinaan sekatan itu menimbulkan risiko kepada perhubungan Mesir dengan pergerakan Hamas yang mentadbir Gaza sejak 2007, selain boleh menjejaskan peranan Kaherah sebagai perantara di rantau ini.


Mesir sudah pun dikecam oleh pertubuhan-pertubuhan Arab dan Islam kerana bekerjasama dengan Israel yang mengenakan sekatan ke atas wilayah Palestin itu, yang dihuni 1.4 juta penduduk Palestin.


Projek berkenaan dipercayai merupakan antara beberapa langkah yang diambil oleh Mesir, sesetengahnya dengan kerjasama Amerika Syarikat (AS), untuk menghentikan kegiatan penyeludupan sejak operasi ketenteraan yang dilancarkan oleh Israel ke atas Gaza berakhir pada awal tahun lalu.




SEJARAH KONFLIK PALESTIN - ISRAEL


Di tanah ini terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.


Bagi kaum Yahudi pula tanah ini adalah merupakan "tanah yang dijanjikan Tuhan" kepada mereka. Di sinilah asal nenek moyang mereka (Bani Israel). Mereka percaya di tanah inilah terdapatnya Temple Of Solomon (yang didirikan di atas bukit Zion) iaitu kuil suci mereka.


Dalam masa yang sama Kristian juga menganggap tanah ini sebagai tanah suci. Di sini terdapatnya Temple Of Nazareth, tempat kelahiran Nabi Isa. Dakwah Nabi Isa dan kepercayaan dia disalib juga berlaku di tanah ini.




SEJARAH AWAL


Selepas Nabi Musa wafat, kaum Bani Israel mula menduduki Palestin setelah berlaku peperangan Jalut dan Talut yang dimenangi oleh Talut. Kemudiannya disambung oleh Nabi Daud sebelum Nabi Sulaiman mengambil alih.


Setelah sekian lama menduduki tanah Palestin, akhirnya Rom mengambil alih tampuk pemerintahan. Kaum Bani Israel dihalau keluar dan mula dikenali sebagai kaum Yahudi sehingga sekarang.


Nabi Isa lahir dan berdakwah untuk menyembah Allah yang Esa tetapi telah diselewengkan maka wujudlah agama Kristian (pemerintahan Rom menganut Kristian sempena peristiwa ini). Palestin kekal sebagai kerajaan Kristian sehinggalah zaman nabi kita Muhammad SAW. Rasulullah yang wafat pada tahun 632M telah mengembangkan kuasanya hinggalah ke Palestin. Pada tahun 638M kerajaan Islam berjaya menawan Palestin daripada kerajaan Rom.


Pada tahun 1063M usaha-usaha pihak Kristian semakin giat untuk menawan kembali Palestin yang akhirnya pada tahun 1099M usaha itu berhasil. Bermulalah kependudukan Kristian semula selama 200 tahun berikutnya.


Tentera Islam juga tak terkecuali berusaha untuk menawan kembali tanah suci itu. Pada tahun 1187M, Salahudin Al-Ayubi telah memimpin tentera Islam telah berjaya menawan kembali bumi Palestin.


Sejak itu kerajaan Islam membenarkan kepulangan kaum Yahudi ke Palestin. Islam terus berkembang sehinggalah zaman pemerintahan Turki Uthmaniyah.




KONFLIK DUNIA YANG MEMBAWA REBAH


Pada tahun 1914, Perang Dunia Pertama tercetus. Kerajaan Uthmaniyah menyertai perang berpihak kepada Pakatan Pusat( Jerman, Austria, Hungary) menentang Pakatan Bertiga (Britain, Perancis, Russia). Amerika dan Itali menyertai Pakatan Bertiga menjadikan Pakatan Pusat semakin lemah seterusnya tewas dalam kempen perang mereka.


Kerajaan Turki Uthmaniyah semakin lemah akibat kalah perang. Wilayah-wilayah Arab (belum dipecahkan sempadan oleh penjajah lagi) mula memberontak dengan menjadi tali barut Britain dan Perancis sehingga berjaya keluar daripada kerajaan Turki Uthmaniyah ini.


Wakil Yahudi Chaim Weizzmann telah mendesak Setiausaha Luar Britain Althur Balfour untuk menjadikan wilayah Palestin sebagai wilayah kaum Yahudi. Akhirnya Deklarasi Balfour memihak kepada Yahudi.


Pada tahun 1919M berakhirnya Perang Dunia Pertama. Kerajaan Turki Uthmaniyah telah banyak kehilangan tanah termasuklah Palestin. Britain dan Perancis mula menjalankan kolonisasi sehinggalah terwujudnya negara-negara bangsa yang dipisahkan oleh garisan-garisan sempadan (termasuk di sini sempadan agama).


Perang Dunia Ke2 meletus. Nazi yang dipimpim oleh Hitler telah melaksanakan pelan pemusnahan yang dikenali sebagai Action T4. Ramai yang terbunuh akibat pelan ini terutamanya kaum Yahudi. Dianggarkan seramai 6 juta Yahudi dibunuh (dakwaan yang mula dipertikaikan kebelakangan ini). Peristiwa ini dikenali sebagai Holocaust.




PERANAN AMERIKA SEBAGAI SEKUTU KUAT


Amerika setelah tamat Perang Dunia ke2 telah memainkan peranan dalam penubuhan negara haram Israel. Bermula dengan penguasaan kaum Yahudi di dalam ekonomi dan pentadbiran Amerika sehinggalah timbulnya rasa simpati akibat peristiwa Holocaust telah memungkinkan usaha mendesak Presiden Harry Truman (presiden Amerika) membuat tuntutan ke PBB untuk memisahkan Palestin menjadi wilayah penempatan Yahudi.


16 May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin yang mana akhirnya menjadi kerajaan Israel sehinggalah sekarang yang diiktiraf oleh Amerika dan sekutunya walaupun belum lagi diiktiraf PBB. Presiden pertama Israel ialah Dr. Chaim Weizmann.


Sehingga ke hari ini semakin ramai Yahudi pulang ke Palestin untuk menuntut tanah yang suatu ketika dahulu pernah menjadi tanah mereka. Persoalannya, setelah kita meneliti sejarah Palestin, kita dapati memang kaum Bani Israel (Yahudi) adalah penduduk asal tanah ini. Apa yang membuatkan kita sukar untuk mengiktiraf negara Israel? Bagaimana agaknya jika Malaysia suatu hari nanti dijajah dan kita (orang Melayu) pula dihalau keluar. Setelah kita berkemampuan untuk kembali apa agaknya yang akan kita lakukan?


Saya bukan berpihak kepada Yahudi tetapi sengaja mewujudkan persoalan ini untuk renungan sahabat-sahabat supaya sama-sama mencetuskan lontaran pendapat. Tentunya kita tidak akan berjuang atas alasan yang kita sendiri tidak tahu. Kita adalah orang Islam. Dalil dan hujah adalah sempadan emosi kita!

- AbdRahman 

Thursday, February 25, 2010

Demi Kawan-Kawan

Aku ada la menulis sikit-sikit dalam Facebook. Dah... depa mintak aku tulis dalam blog pulak. Senang nak tulis panjang-panjang kata depa. Sebab tak mau hampakan harapan, tu yang aku buat blog ni. Tapi jangan la tak baca blog aku ni pulak!