Saturday, May 8, 2010

Islamic Rock? It Rocks Islam!

Band rock bertemakan Islam? Kalau di Indonesia ada dakwah cara dangdut, di Malaysia pula ada dakwah cara rock? Hmm... menarik bunyinya tu. Al-Farabi Band yang dianggotai oleh 6 anak muda, 5 lelaki dan seorang wanita bakal mencetuskan fenomena baru muzik di dalam pasaran dengan kelahiran album mereka tidak lama lagi. Muzik yang mereka perjuangkan adalah Hard Rock!

Golongan sasaran mereka adalah remaja. Memberikan alternatif muzik kepada remaja dengan bahan Islamik diharap dapat menyeimbangkan unsur-unsur negatif muzik rock di luar sana. Matlamatnya ialah mendekati remaja supaya kembali kepada Islam.

Hebat! Tapi bolehkah remaja diubah hanya dengan muzik? Rock pula tu. Teringat aku akan konsert Mawi di Kota Bharu suatu ketika dahulu. Penerapan nilai-nilai Islam yang dibawa tidak kemana. Mawi tetap Mawi dan hiburan di Malaysia kekal serupa - lagi teruk ada la! Kalau kerajaan negeri Kelantan pun tidak boleh ubah, masakan Al-Farabi Band boleh?

Lagi satu, kenapa perlu ada anggota perempuan? Seorang pula tu di kalangan 5 lelaki. Boleh timbul bermacam fitnah. Main pula muzik rock. Bila nak buat konsert tak bercampur band lain ok la. Kalau bercampur? Haru!

Cuba tengok Faizal Tahir masa bersama kumpulan nasyid Mirwana. Bukan main Islamik lagi. Sekarang? Sekarang dah jadi rocker siap berani buka baju tayang dada masa konsert. Ikon Islam dah jadi ikon mungkar!

Mengikut pengalaman aku la... masa pergi tengok konsert rock dulu-dulu, kalau kepala tak angguk ikut beat drum dan gitar, kaki mesti nak goyang punya. Kita tengok masa Al-Farabi Band buat konsert nanti adakah audiens tunduk insaf atau turut sama 'hinggut' layan muzik. Masa itu lirik sudah tidak penting lagi.

Nak ubah masyarakat kena ubah sistem pemerintahan dahulu bukan dengan muzik semata-mata. Jangan  jadi macam Loteri Kebajikan, walaupun diadakan dengan tujuan baik, hukumnya tetap haram dan ianya boleh jadi penyebab untuk ke Neraka. Pendek kata, matlamat baik cara juga mestilah kena baik.

Satu yang aku nak puji tentang Al-Farabi Band ini - mereka lebih pandai ikat serban berbanding aku!


-AbdRahman

1 comment:

acapalone said...

Baguslah dia ada usaha memartabatkan syiar islam dalam pada golongan muslim lain sedang merubah sistem pemerintahan.

Berubahnya sistem islam nanti, maka mereka telah mendahului memacu industri muzik dengan prinsip mereka... Kan lagi bagus dimulakan dari sekarang agar tidak kelam kabut bila dah memerintah.